awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga minyak turun bawah US$100 setong didorong rundingan gencatan senjata
Jasad mendiang Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan
CEO TFC Sheikh Farouk letak jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar arah DNB bentang pelan perniagaan pada minggu depan - Fahmi

Khalis Khadir
Khalis Khadir
06/12/2024
09:13 MYT
PM Anwar arah DNB bentang pelan perniagaan pada minggu depan - Fahmi
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, ia susulan kelewatan projek rangkaian 5G kedua akibat rundingan dengan syarikat telekomunikasi masih tertangguh. - Bernama
PUTRAJAYA: Digital Nasional Bhd (DNB) diarah mengemuka pelan perniagaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, arahan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, ia susulan kelewatan projek rangkaian 5G kedua akibat rundingan dengan syarikat telekomunikasi masih tertangguh.
“Langkah pertama adalah pembentangan pelan perniagaan kepada MCMC diikuti dengan beberapa tindakan yang perlu diambil termasuk peruntukan spektrum untuk DNB,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, pada Jumaat.
Tegas beliau, Anwar merasakan isu kelewatan pelaksanaan inisiatif berkenaan perlu diuruskan dengan lebih pantas.
Fahmi berkata, rangkaian 5G pertama dikelolakan oleh DNB, manakala rangkaian kedua pula dikendalikan U Mobile.
Sementara itu Fahmi berkata, MyDigital ID pula diarah untuk mengemukakan rancangan perniagaan bagi meningkatkan jumlah pendaftaran yang diterimanya dalam tempoh dua minggu.
Ia selepas Anwar menzahirkan rasa kecewa dengan jumlah pendaftarannya yang masih rendah iaitu sebanyak 1.319 juta setakat 5 Disember lalu.
MyDigital ID ialah satu inisiatif kerajaan bagi pengesahan identiti secara selamat dan sah untuk pengguna dalam talian yang dibangunkan sejak 2016.
Topic Berkaitan
#MyDigital ID
#DNB
#Fahmi Fadzil
#pelan perniagaan
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan