awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar diberi sambutan rasmi sempena lawatan sulung ke Qatar

Bernama
Bernama
13/05/2024
09:10 MYT
PM Anwar diberi sambutan rasmi sempena lawatan sulung ke Qatar
Anwar (kiri) mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Qatar yang juga Menteri Luar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani di Amiri Diwan hari ini. --fotoBERNAMA
DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Qatar sempena lawatan sulung beliau ke negara Asia Barat itu, di sini.
Perdana Menteri tiba di dewan pemerintahan negara Qatar itu pada 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia) disambut Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
Anwar kemudiannya mengadap Sheikh Tamim di pejabat baginda sebelum bertemu rakan sejawatnya Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, yang juga Menteri Luar Negeri Qatar.
Lawatan Perdana Menteri itu yang memenuhi undangan baginda, disifatkan penting ke atas hubungan dua hala kedua negara berkenaan yang memasuki ulang tahun ke-50 hubungan dua hala tahun ini.
Kali terakhir kedua pemimpin itu bertemu adalah bulan lepas di Riyadh, Arab Saudi, yang turut menyentuh peranan Qatar yang signifikan terhadap rundingan Palestin-Israel ke arah gencatan senjata yang segera dan berkekalan.
Ini merupakan lawatan pertama Perdana Menteri ke Qatar selepas dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada 22 Nov 2022.
Hari pertama lawatan kerja di Doha dimulakan dengan Majlis Menghadap ke atas Emir Qatar, Yang Amat Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. Pertemuan atas jemputan Sheikh Tamim ini terarah kepada usaha menerus dan memperkukuhkan ikatan dan jalinan diplomatik yang telah pun pic.twitter.com/m3N4tkzUF6
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 13, 2024
Turut mengiringi Anwar dalam lawatan rasmi tiga hari itu yang bermula semalam adalah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Anwar tiba di ibu negara ini semalam pada pukul 9.37 malam waktu tempatan (2.37 pagi waktu Malaysia Isnin) dengan menaiki pesawat khas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Qatar
#Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani
#Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan