awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Serangan Israel di Semenanjung Gaza ragut nyawa 21,000 kanak-kanak Palestin, 44,000 cedera
Kemudahan Internet dan fasiliti NADI boleh digunakan untuk BDR - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar hadir solat jenazah Tun Abdul Hamid

Seth Akmal
Seth Akmal
19/02/2026
09:17 MYT
PM Anwar hadir solat jenazah Tun Abdul Hamid
Anwar tiba di Musolla Taman Selatan, Presint 20, pada jam 4.50 petang untuk menyertai solat jenazah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang meninggal dunia pada usia 84 tahun tengah hari tadi.
Beliau tiba di Musolla Taman Selatan, Presint 20, pada jam 4.50 petang untuk menyertai solat jenazah bersama ahli keluarga Allahyarham serta tetamu yang hadir.
Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba pada jam 4 petang dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM).
Antara yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan; Ketua Hakim Negara ke-14, Tun Md Raus Sharif; Pro-Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Mohd Annuar Zaini; bekas Menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin.
Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua di samping isterinya Toh Puan Hamidah Choong Abdullah dan anak-anak, hari ini.
Tun Abdul Hamid menjawat sebagai Ketua Hakim Negara ke-11 dari 2007 hingga 2008 menggantikan Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim.
Allahyarham sebelum itu dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 Sept 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya pada petang hari ini.
Topic Berkaitan
#Bekas Ketua Hakim Negara
#Tun Abdul Hamid Mohamad
#Anwar Ibrahim
#Pemimpin Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan