awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar, isteri hadir Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor

Bernama
Bernama
13/09/2023
15:31 MYT
PM Anwar, isteri hadir Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Makan Malam Amal Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk hadir pada Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) di I-City, di sini, malam ini.
Majlis yang berlangsung hampir dua jam tersebut turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) ,Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam ucapannya berkata majlis jamuan makan malam itu diadakan bagi meraikan Dr Wan Azizah sebagai penerima ijazah kehormat dan mengumpul dana bagi Tabung Yayasan Unisel.
Dr Wan Azizah menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan bersempena Istiadat Konvokesyen Unisel Kali Ke-17 pada 9 Sept lalu di Dewan Canselor, Unisel Kampus Bestari Jaya.
Mohammad Redzuan turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kesudian beliau hadir ke majlis tersebut yang merupakan kehadiran kali keenam Anwar ke program yang dianjurkan Unisel sejak 2018.
"Saya yakin Unisel adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang paling kerap dikunjungi oleh beliau," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#majlis makan malam
#Yayasan Universiti Selangor
#YUSEL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan