awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ragu sistem antarabangsa untuk capai keamanan

Azib Zikry
Azib Zikry
06/06/2024
03:39 MYT
PM Anwar ragu sistem antarabangsa untuk capai keamanan
Anwar ketika menyampaikan ucaptama sempena Meja Bulat Asia-Pasifik ke-37 di Kuala Lumpur pada Khamis. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia akan sentiasa komited terhadap pematuhan undang-undang antarabangsa, sambil menolak sikap segelintir negara yang mengabaikan keamanan, kemajuan dan semangat bersatu padu di dunia ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau ketika ini ragu-ragu terhadap sistem antarabangsa bagi memastikan keamanan dan kestabilan, yang kini terbukti gagal.
Menurut Anwar, era krisis dan ketidakpastian kini dapat dilihat di dalam konflik bersenjata dan perang yang tidak pernah berkesudahan seperti Palestin, Ukraine dan Myanmar, serta krisis di Sudan, Afghanistan, Ethiopia dan Haiti
"Di seluruh dunia, lebih ramai orang mati di medan perang, terpaksa meninggalkan rumah mereka, atau memerlukan bantuan menyelamatkan nyawa.
"Di sebalik usaha kita dan pelbagai mekanisme antarabangsa, usaha mencapai keamanan masih gagal.
"Sesungguhnya, kini usahanya bukan lagi tentang mengekalkan keamanan, tetapi tentang mencegah perkara buruk terjadi," tambahnya lagi.
Anwar ketika menyampaikan ucaptama sempena Meja Bulat Asia-Pasifik ke-37 di Kuala Lumpur pada Khamis turut menyentuh mengenai perkembangan geopolitik dan geostrategik yang telah mengganggu beberapa mekanisme serantau dan rangka kerja multilateral.
Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap strategi pembentukan pakatan yang didorong oleh sikap berlumba-lumba.
Menurut Anwar, persaingan tidak sihat ini akhirnya membentuk sikap yang meninggalkan sepenuhnya nilai inklusiviti, empati, dan belas kasihan di dalam masyarakat global.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#sistem antarabangsa
#keamanan
#Meja Bulat Asia-Pasifik ke-37
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan