awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar sedih atas pemergian Prof Chaiwat

Bernama
Bernama
28/06/2024
08:59 MYT
PM Anwar sedih atas pemergian Prof Chaiwat
Anwar berkata Chaiwat (foto) mendedikasikan hidupnya untuk menangani isu tanpa kekerasan, penyelesaian konflik melalui dialog dan belas kasihan. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih yang mendalam atas pemergian Prof Chaiwat Satha-Anand, seorang peguam bela keamanan terkenal dan pengasas Pusat Maklumat Keamanan Thailand (TPIC).
Menerusi catatan di Facebooknya hari ini, Anwar berkata Chaiwat yang merupakan ahli fakulti berilmu dan dihormati di Universiti Thammasat, mendedikasikan hidupnya untuk menangani isu tanpa kekerasan, penyelesaian konflik melalui dialog dan belas kasihan.
Beliau berkata ajaran, tulisan, dan komitmen Chaiwat yang tidak berbelah bahagi ke arah usaha keadilan telah membantu kehidupan banyak individu merentasi sempadan selain membantu merapatkan jurang.
"Ketika saya mengucapkan takziah kepada insan yang luar biasa ini, saya berasa tenang dengan legasi yang ditinggalkannya.
"Semoga jasa dan pengorbanan beliau memberi inspirasi selama-lamanya kepada kita untuk memperoleh jalan keamanan, persefahaman dalam menghadapi kesukaran serta membina dunia yang mementingkan keharmonian dan rasa hormat," kata Anwar.
Dilaporkan, Chaiwat, 69, meninggal dunia akibat kanser semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Prof Chaiwat Satha-Anand
#Universiti Thammasat
#Meninggal dunia akibat kanser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan