awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark

Bernama
Bernama
11/12/2024
09:45 MYT
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Rasmussen kini dalam lawatan kerja ke Malaysia selama dua hari bermula semalam. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Løkke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Pada pertemuan itu, Anwar dan Rasmussen menekuni hubungan dan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara.
"Kami turut mengalu-alukan pelaburan dari Denmark dalam sektor bernilai tinggi seperti tenaga hijau, tenaga boleh baharu, ekonomi digital dan kesihatan.
"Saya turut menghargai pelabur dari Denmark yang telah membuka hab wilayah di sini, terutamanya syarikat Maersk dan United Plantations," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.
Pada masa sama, Perdana Menteri mengalu-alukan pembukaan semula Kedutaan Besar Denmark di sini Ogos lepas.
Rasmussen kini dalam lawatan kerja ke Malaysia selama dua hari bermula semalam.
Ini merupakan lawatan pertama Rasmussen ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Menteri Luar Denmark pada Disember 2022.
Jumlah dagangan Malaysia-Denmark antara Januari dan Oktober 2024, meningkat sebanyak 12.9 peratus kepada RM2.19 bilion berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Malaysia juga menempatkan lebih 100 syarikat dari Denmark dengan nilai pelaburan melebihi RM2.2 bilion dalam bidang pembuatan sehingga Jun 2024 yang mewujudkan 5,024 peluang pekerjaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Menteri Luar Denmark
#Lars Lokke Rasmussen
#lawatan rasmi
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan