awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar tinjau raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2025, santuni petugas

Bernama
Bernama
29/08/2025
01:40 MYT
PM Anwar tinjau raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2025, santuni petugas
Anwar meluangkan masa meninjau raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2025 serta menyantuni petugas perarakan di Dataran Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2025 serta menyantuni petugas perarakan di Dataran Putrajaya, di sini.
Ketibaan Anwar pada 8.38 pagi disambut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.
Anwar yang meluangkan hampir 20 minit di Dataran Putrajaya turut menerima sorakan gemuruh sebaik menyantuni peserta persembahan teres grafik manusia yang terdiri daripada 2,000 pelajar yang mengadakan persembahan bersempena dengan acara raptai itu.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Julina Johan.
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan bermula seawal 7 pagi Ahad ini dengan ketibaan pemimpin negara, diikuti keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sambutan akan dimulakan dengan acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, lafaz ikrar Rukun Negara dan perarakan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan sejauh 2.1 kilometer.
Sebanyak 14,010 peserta, 78 aset kenderaan, tujuh kereta berhias, 116 haiwan dan 21 kumpulan pancaragam bakal memeriahkan perarakan pada sambutan kali ini.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dataran Putrajaya
#raptai Hari Kebangsaan
#Perarakan Hari Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan