awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LTSIP berpotensi jadi hab serantau strategik termasuk pasaran Selatan Thailand - PM Anwar
Mesir berjaya dapatkan semula 13 artifak diseludup dari AS
APAD keluar surat tunjuk sebab kepada Billion Stars Express susulan tular pemanduan bahaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap tahniah, doa urusan jemaah haji Malaysia dipermudah

Bernama
Bernama
18/04/2026
02:05 MYT
PM Anwar ucap tahniah, doa urusan jemaah haji Malaysia dipermudah
Perdana Menteri Anwar mengucapkan tahniah kepada jemaah haji Malaysia yang terpilih bagi menunaikan rukun Islam kelima itu, tahun ini. - Gambar Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada jemaah haji Malaysia yang terpilih bagi menunaikan rukun Islam kelima itu, tahun ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Anwar menzahirkan rasa syukur atas keberangkatan kumpulan jemaah ke Tanah Suci bermula awal pagi tadi.
“Sesungguhnya, ibadah haji adalah perjalanan agung yang menuntut pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan ketakwaan,” kata beliau menerusi hantaran itu.
Selain itu, Perdana Menteri turut mendoakan agar segala urusan jemaah dipermudah, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci.
“Mudah-mudahan seluruh jemaah dikurniakan haji mabrur yang tiada balasan melainkan syurga, serta pulang ke tanah air dengan membawa keberkatan, keinsafan dan semangat untuk menjadi hamba Allah SWT yang mukhlisin,” kata Anwar.
Sebanyak 31,600 jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadah haji tahun ini dengan kumpulan pertama terdiri daripada 284 orang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 4.05 pagi tadi menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050.
Penerbangan terakhir membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci adalah pada 20 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#haji 2026
#Tanah Suci
#jemaah haji Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan