awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap takziah kepada keluarga tiga pelajar UiTM maut kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2024
07:15 MYT
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga tiga pelajar UiTM maut kemalangan
Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, meninggal dunia setelah motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah Honda CRV yang dipandu seorang wanita. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga tiga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Pantai Sura, Dungun, Terengganu semalam.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga tiga pelajar UiTM Dungun yang meninggal dunia dalam kemalangan di Dungun, Terengganu.
  • Tiga pelajar tersebut, Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, meninggal dunia setelah dua motosikal mereka dirempuh oleh sebuah Honda CRV yang dipandu seorang wanita.
  • Pemandu wanita yang dipercayai mengalami masalah mental telah dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan.

Anwar berkata kemalangan tersebut sangat menyayat hati, dan beliau sendiri turut terkesan dengan kejadian itu.
"Semoga keluarga tabah hadapi dugaan ini dan mendapat keadilan yang sewajarnya," kata Anwar menerusi hantaran di platform X hari ini.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga pelajar UiTM Dungun yang kembali ke rahmatullah malam tadi. Kes yang sangat menyayat hati dan saya sendiri terkesan akan kejadian ini. Semoga keluarga tabah hadapi dugaan ini dan mendapat keadilan yang sewajarnya. https://t.co/Ea3dMyu3c0
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 10, 2024
Tiga pelajar terbabit, Khairil Anwar Jamaludin, 20, Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, meninggal dunia apabila dua motosikal jenis Yamaha LC135 serta Yamaha Y15 yang ditunggangi mereka dirempuh kenderaan Honda CRV dipandu seorang wanita.
Mangsa yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke universiti selepas makan malam dilaporkan turut diseret hampir 60 meter.
Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu wanita yang dipercayai mengalami masalah mental dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#maut kemalangan
#pelajar UiTM Dungun
#Jalan Pantai Sura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan