awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar utus salam takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah

Bernama
Bernama
08/09/2023
11:37 MYT
PM Anwar utus salam takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah
Tunku Ampuan Najihah,100, mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, di sini pada 6.53 pagi tadi. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan salam takziah di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini.
Perdana Menteri berkongsi ucapan salam takziah itu menerusi hantaran di Facebook beliau petang ini.
"Semoga seluruh kerabat diraja tabah menghadapi dugaan ini dan mendoakan agar roh Almarhumah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah," kata Anwar menerusi catatan itu.
Tunku Ampuan Najihah,100, mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, di sini pada 6.53 pagi tadi.
Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
#mangkat
#PM Anwar
#Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan