awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM gesa usahawan luar bandar rebut peluang, naik taraf ekonomi

Bernama
Bernama
19/10/2019
21:09 MYT
PM gesa usahawan luar bandar rebut peluang, naik taraf ekonomi
Dr Mahathir melihat kuih karipap yang dihasilkan menggunakan mesin khas keluaran tempatan semasa melawat tapak Karnival Usahawan Desa Putrajaya 2019, pada Sabtu. --fotoBERNAMA
Masyarakat luar bandar digesa agar merebut peluang yang ada untuk menaik taraf ekonomi bagi memastikan mereka tidak ketinggalan jauh berbanding penduduk di bandar malah setanding dengan mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri berkata, melalui penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD) 2019, para usahawan mempunyai banyak peluang untuk meningkatkan prestasi perusahaan mereka.
"Di KUD ada peluang untuk dapat buat banyak duit melalui pelbagai cara yang ditunjukkan di sini.
"Saya harap semua akan berusaha kerana hasrat kerajaan ialah supaya orang di kampung juga dapat sama (taraf ekonomi) dengan orang di bandar," katanya kepada media selepas melakukan walkabout di KUD 2019 di sini pada Sabtu.
Sepanjang walkabout tersebut beliau diiringi Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Dr Mahathir berkata pelbagai barangan terdapat di KUD termasuk mesin-mesin yang boleh membantu usahawan untuk meningkat jumlah pengeluaran produk mereka.
"Masyarakat luar bandar perlu menaik taraf industri mereka menggunakan mesin, di KUD mesin-mesin yang dijual juga tidak berapa mahal," katanya.
Sepanjang walkabout selama 90 minit itu, Dr Mahathir turut mengambil peluang meninjau mesin membuat karipap dan kuih kapit keluaran syarikat tempatan.
KUD 2019 diadakan selama lima hari bermula 17 Oktober bertempat di Perkarangan Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Karnival Usahawan Desa
#KUD
#Mahathir Mohamad
#masyarakat luar bandar
#orang bandar
#orang kampung
#Perdana Menteri
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan