awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM jumpa Menteri Besar, Ketua Menteri esok teliti ikhtiar tangani krisis tenaga global

Bernama
Bernama
01/04/2026
09:06 MYT
PM jumpa Menteri Besar, Ketua Menteri esok teliti ikhtiar tangani krisis tenaga global
Perbincangan berkenaan dijangka menyentuh perkembangan terkini berkaitan situasi tenaga global selain impaknya terhadap kos, bekalan serta kesejahteraan ekonomi domestik. -Gambar Astro AWANI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier Sarawak esok berhubung kesan konflik Asia Barat terhadap negara.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertemuan itu bagi meneliti beberapa langkah serta ikhtiar yang boleh diambil secara bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam menghadapi cabaran semasa.
Menurutnya, perbincangan berkenaan dijangka menyentuh perkembangan terkini berkaitan situasi tenaga global selain impaknya terhadap kos, bekalan serta kesejahteraan ekonomi domestik.
"Beberapa perkara akan dibincangkan dan langkah-langkah yang sesuai akan diteliti. Selepas mesyuarat itu, maklumat mengenai hasil atau keputusan yang dicapai akan dimaklumkan kepada umum," katanya dalam sidang media mingguan di Angkasapuri Kota Media pada Rabu.
Jumaat lalu, Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan akan memanggil Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin utama parti politik minggu depan untuk mendengar taklimat kedudukan semasa ekonomi negara akibat kesan konflik di Asia Barat.
Jelas Anwar, hasil taklimat disampaikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu akan menentukan keperluan sama ada wajar sidang Parlimen dipanggil bagi meneliti serta membincangkan langkah seterusnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Fahmi Fadzil
#konflik Asia Barat
#krisis tenaga global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan