awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM perlu nilai semula prestasi anggota Kabinet, gugur yang tidak tunjuk prestasi baik

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/01/2022
06:20 MYT
PM perlu nilai semula prestasi anggota Kabinet, gugur yang tidak tunjuk prestasi baik
Ujar Lam Thye, sudah tiba masanya untuk perdana menteri mengkaji semula prestasi jemaah Kabinet untuk meneliti sejauh mana prestasi para menteri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menilai kembali prestasi menteri dan menggugurkan mana-mana anggota Kabinet yang tidak menunjukkan prestasi baik.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, menteri yang tidak menunjukkan prestasi baik sewajarnya digugurkan setelah tiada perkara yang dilakukan untuk membantu kesejahteraan rakyat selepas lebih 100 hari.
"Perdana Menteri seharusnya merombak dan membentuk satu kerajaan yang berjiwa rakyat supaya keyakinan rakyat terhadap sistem dapat dipulihkan dan pada masa yang sama mempercepatkan pembaharuan.
"Jadi saya kira, sudah tiba masanya untuk perdana menteri mengkaji semula prestasi jemaah Kabinet untuk meneliti sejauh mana prestasi para menteri.
"Saya rasa apa yang diperlukan negara adalah para menteri yang berjiwa rakyat dan menawarkan khidmat secara jujur," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Lam Thye memberitahu, orang ramai dan juga pemimpin sendiri boleh menilai reaksi netizen di laman sosial menerusi komen-komen yang dikongsi.
Pada 21 Ogos lalu, Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan, mengambil alih pentadbiran daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tarikh 9 Disember lalu menandakan 100 hari beliau memegang jawatan sebagai ketua pentadbir negara dan ia juga dilihat menjadi penentu pencapaian Kabinet beliau, dalam mengharungi krisis kesihatan dan ekonomi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#100 hari pentadbiran
#Perdana Menteri
#rombak kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan