awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota polis ditempatkan di stesen minyak perkasa pemantauan ketirisan bahan api
Anwar arah tindakan segera tangani prasarana daif SK Balaban Jaya, Sabah
Anggota tentera parah dipukul dalam kem meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Singapura Lawrence Wong lakukan lawatan khas ke Malaysia Jumaat ini

Bernama
Bernama
19/02/2026
12:41 MYT
PM Singapura Lawrence Wong lakukan lawatan khas ke Malaysia Jumaat ini
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong akan mengadakan lawatan khas ke Malaysia pada Jumaat (20 Feb), dan dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong akan mengadakan lawatan khas ke Malaysia pada Jumaat (20 Feb), dan dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama dua hala serta isu-isu berkepentingan bersama, termasuk hasil Pemukiman Pemimpin yang berlangsung pada 4 Dis 2025.
Singapura merupakan jiran serta rakan utama Malaysia dalam ASEAN, dengan hubungan yang erat dan meluas dalam pelbagai bidang.
Singapura juga adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (US$93.97 bilion) bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 1.5 peratus berbanding 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Singapura
#Lawrence Wong
#lawatan khas
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan