awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: JDT mara ke final buat kali keenam berturut-turut
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM: Tiada pihak boleh ganggu gugat negara

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2013
00:49 MYT
PM: Tiada pihak boleh ganggu gugat negara
Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kesejahteraan dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat negara ini tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak luar termasuk kumpulan penceroboh.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan menentang penceroboh dan musuh negara secara habis-habisan demi mempertahankan kesejahteraan rakyat yang dikecapi selama ini.
“Saya berpendapat bahawa kita menentang penceroboh itu dan melawan musuh-musuh kerana mahu mempertahankan kesejahteraan yang kita nikmati dan tidak ada cara yang lebih berkesan daripada kita menjalani kehidupan kita seperti biasa sekaligus menunjukkan bahawa apa jua yang mereka lakukan tak mungkin dapat mengganggu gugat cara hidup yang sedang kita kecapi ini,” kata Najib.
Perdana Menteri menyatakan demikian ketika berucap pada majlis penutupan ‘Bakat Istimewa Semai Bakti Piala Perdana Menteri’ dan Karnival Jualan Produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti peringkat kebangsaan 2013.
Sambil menaruh keyakinan penuh terhadap kegagahan pasukan keselamatan negara, Najib berkata insiden pencerobohan di Sabah akan dapat diatasi dengan bijak dan berkesan tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#jaminan
#penceroboh
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan