awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PMM laung amaran awal, sasar empat pingat emas pada Sukan SEA 2027

Bernama
Bernama
20/02/2026
10:55 MYT
PMM laung amaran awal, sasar empat pingat emas pada Sukan SEA 2027
Muhammad Shahnaz berkata selain mengetengahkan atlet remaja berpotensi, PMM turut bersedia menurunkan jaguh negara antaranya juara dunia Mohd Rifdean Masdor, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dan Ahmad Adam Rakib pada temasya sukan dwitahunan itu. - Gambar Berna
Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM) melaungkan amaran awal apabila menyasarkan empat pingat emas pada Sukan SEA 2027 yang akan dianjurkan di negara ini tahun depan.
Presidennya Datuk Muhammad Shahnaz Azmi berkata sebanyak 14 kategori dicadangkan untuk dipertandingkan termasuk mengekalkan kategori yang membutirkan kilauan emas buat Malaysia pada Sukan SEA 2025 di Thailand.
"Jadi, untuk kita jadi juara keseluruhan (Muay Thai), sangat penting dari segi teknikal untuk pilih kategori yang kita boleh menang. Sudah tentunya kita tak boleh menang semua tapi kalau nak tewaskan Thailand, kena ada strategi.
"Kita tidak akan letak semua kategori yang dipertandingkan di Thailand...kita akan letak kategori yang kecil (ringan) yang kita boleh menang pingat," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja (JKK) di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini, hari ini.
Muhammad Shahnaz berkata selain mengetengahkan atlet remaja berpotensi, PMM turut bersedia menurunkan jaguh negara antaranya juara dunia Mohd Rifdean Masdor, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dan Ahmad Adam Rakib pada temasya sukan dwitahunan itu.
Sebagai rekod, Malaysia membawa pulang tiga emas, tiga perak dan empat gangsa pada Sukan SEA 2025 sekali gus melepasi sasaran satu yang ditetapkan.
Pencapaian sensasi itu menyaksikan peningkatan dicatat kem negara selepas hanya mengutip masing-masing satu emas dan perak pada edisi 2021 di Vietnam. Acara Muay Thai tidak dipertandingkan di Kemboja pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muay Thai
#remaja
#Sukan SEA
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan