awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kapal lalu Selat Hormuz perlu penyelarasan IRGC, pencairan aset sebahagian perjanjian - Pegawai Iran
Potong gaji menteri: Saya sedia terima arahan PM - Fahmi
Polis buru lelaki curi pakaian dalam wanita di Ipoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN gesa kerajaan pastikan Selat Melaka kekal neutral

Seth Akmal
Seth Akmal
18/04/2026
02:11 MYT
PN gesa kerajaan pastikan Selat Melaka kekal neutral
Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan memastikan Selat Melaka kekal neutral daripada pengaruh kuasa luar, kata Takiyuddin. - Gambar fail
Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan memastikan Selat Melaka kekal neutral daripada pengaruh kuasa luar.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Selat Melaka merupakan laluan perdagangan maritim paling penting di dunia.
Tambahnya, peningkatan kuasa asing melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan China berisiko meningkatkan ketegangan geopolitik dan menggugat kestabilan serantau.
“Konfrontasi ekonomi yang semakin melebar antara Washington dan Beijing terus meningkatkan keperluan untuk Malaysia mengekalkan dasar luar yang bebas dan seimbang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Takiyuddin, dasar Malaysia mendukung prinsip Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) kekal relevan pada ketika persaingan geopolitik semakin meningkat di Asia.
“Dasar luar yang bebas dan berprinsip amat penting bagi melindungi kepentingan jangka panjang negara serta kestabilan serantau,” katanya.
Pada masa sama, Takiyuddin turut menggesa kerajaan agar memantau rapat perkembangan geopolitik dan ekonomi melibatkan kuasa-kuasa besar dan memastikan Malaysia tidak terheret ke dalam persaingan strategik atau ekonomi asing.
Beliau turut menekankan kerjasama ASEAN bagi memastikan kestabilan serantau.
“Malaysia perlu terus menggalakkan dialog, penyuraian ketegangan dan mengutamakan penyelesaian pertikaian secara aman,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Selat Melaka
#kekal neutral
#Perikatan Nasional
#Takiyuddin Hassan
#laluan perdagangan maritim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan