awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok berhampiran Muzium Negara tumbang, hempap kereta dan motosikal

Bernama
Bernama
27/05/2021
16:20 MYT
Pokok berhampiran Muzium Negara tumbang, hempap kereta dan motosikal
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata kejadian berlaku pada pukul 3.05 petang tadi ekoran hujan lebat serta angin kencang. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Sebatang pokok besar berdekatan Muzium Negara yang tumbang di tepi jalan menghala pusat bandar Kuala Lumpur dari arah KL Sentral, menghempap sebuah kereta Proton Saga putih yang dinaiki dua lelaki warga asing dan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata kejadian berlaku pada pukul 3.05 petang tadi ekoran hujan lebat serta angin kencang.
"Penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan dibawa ke hospital untuk rawatan manakala pemandu serta penumpang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, dan kerja-kerja pembersihan jalan giat dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menghantar sepasukan anggota ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.21 petang.
Menurutnya sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi Pegawai Kanan Md Izzat Ahmad mendapati sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta Proton Saga dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pokok besar
#Pokok tumbang
#Muzium Negara
#Kuala Lumpur
#KL Sentral
#hempap kereta
#angin kencang
#Polis Daerah Brickfields
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan