awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan tambah 50,000 anggota sukarelawan

Bernama
Bernama
25/08/2013
13:13 MYT
Polis akan tambah 50,000 anggota sukarelawan
-filepic
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah 50,000 anggota dalam pasukan Simpanan Sukarelawan Polis (PVR) bagi memastikan kadar jenayah di negara ini sentiasa terkawal.
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Datuk Ayub Yaakob berkata jumlah itu merupakan tambahan daripada 10,000 anggota PVR sedia ada dalam sesi pengambilan sejak awal tahun lepas.
Beliau berkata pengambilan kali ini lebih memfokus kepada pemohon tempatan yang akan bertindak sebagai mata dan telinga polis di kawasan kediaman masing-masing.
"Pengambilan anggota dari penduduk tempatan adalah lebih efektif kerana mereka lebih memahami selok-belok kawasan setempat dan lebih mengenali penduduk sekitar," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sijil pada penutupan Kursus Penataran Jurulatih Program Remaja Berwawasan siri dua 2013 di Pusat Latihan Polis di sini hari ini.
Program tiga hari, yang bermula 23 Ogos lepas, menghimpunkan 225 peserta terdiri daripada guru, pegawai tentera dan anggota polis.
Ayub juga berkata pihaknya menyasar pemohon daripada golongan professional kerana mereka dapat menyumbangkan idea dalam memantapkan lagi tugas polis.
Topic Berkaitan
#police
#polis
#PVR
#sukarelawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan