awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang

Bernama
Bernama
15/02/2023
08:06 MYT
Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pesakit mental yang dipercayai menikam seorang pesakit lelaki di Hospital Selayang.
KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pesakit mental yang dipercayai menikam seorang pesakit lelaki di Hospital Selayang.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, seorang saksi melihat mangsa terduduk di lantai di zon kuning hospital berkenaan selepas suspek yang berusia 22 tahun itu menikam di bahagian pinggang sebelah kanan menggunakan pisau pada 3.45 petang semalam.
"Keadaan mangsa stabil setelah menjalani pembedahan dan akibat daripada serangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan pada abdomen kiri dan kanan serta di bahagian belakang badan.
"Satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek telah diberi rawatan dan ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Selayang dan punca suspek bertindak menyerang mangsa masih belum diketahui. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Selayang
#kes tikam
#kertas siasatan
#pesakit mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan