awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki pecah masuk tujuh premis perniagaan di Tanjong Malim

Bernama
Bernama
14/11/2025
14:54 MYT
Polis buru lelaki pecah masuk tujuh premis perniagaan di Tanjong Malim
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau sebarang bukti berhubung kejadian tersebut diminta segera menghubungi pihak polis. - Gambar fail
IPOH: Polis giat mengesan seorang lelaki warga tempatan yang disyaki terbabit dalam kejadian pecah masuk tujuh premis perniagaan di sekitar Tanjong Malim, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata suspek berusia lingkungan 40 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor.
Beliau berkata suspek bertindak sendirian dan dipercayai memecah masuk dengan cara merentap atau menendang pintu hadapan setiap premis tersebut.
"Kita telah kenal pasti suspek berdasarkan pelbagai faktor termasuk laporan yang dibuat oleh ketujuh-ketujuh pemilik premis pada hari sama (12 Nov) kejadian pecah masuk tersebut.
"Hanya tiga daripada tujuh premis berkenaan mengalami kerugian apabila suspek berjaya melarikan wang tunai dan beberapa barangan berharga dianggarkan bernilai RM5,200," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Hasni berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau sebarang bukti berhubung kejadian tersebut segera menghubungi pihak polis.
Terdahulu, beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial memaparkan kelibat suspek yang berpakaian wanita memecah masuk beberapa premis dan melarikan wang tunai serta barangan berharga sekitar 4.15 pagi hingga 6.20 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pecah masuk
#suspek jenayah
#polis
#Tanjong Malim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan