awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UKHSA sahkan MenB punca wabak meningitis maut di Kent
Kedutaan AS di Baghdad diserang dron, roket
'Pusat kesihatan' aktiviti songsang: Lima lelaki termasuk dua pengarah didakwa 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis giat kesan suspek curi 30 tong abu mayat di Nilai

Bernama
Bernama
17/03/2026
07:52 MYT
Polis giat kesan suspek curi 30 tong abu mayat di Nilai
Polis sedang giat mengesan suspek termasuk mengenal pasti individu terlibat serta meneliti rangkaian komunikasi digunakan dalam kejadian berkenaan. -Gambar fail
Polis sedang mengesan suspek dipercayai terlibat dalam kes kehilangan 30 tong abu mayat di taman peringatan (memorial park) di Nilai yang dilaporkan pada 26 Feb lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata berdasarkan laporan dibuat pengurus memorial park tersebut, suspek dipercayai menghubungi pihak pengurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan menggunakan nombor luar negara, yang mendakwa telah menjumpai abu mayat tersebut.
"Suspek kemudian membuat tuntutan bayaran sebagai syarat untuk memulangkan abu mayat yang dijumpai. Polis sedang giat mengesan suspek termasuk mengenal pasti individu terlibat serta meneliti rangkaian komunikasi digunakan dalam kejadian berkenaan.
"Kes itu turut melibatkan elemen komunikasi rentas negara dan penggunaan teknologi digital, justeru pihak polis sedang mendapatkan bantuan teknikal daripada agensi berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan, Seksyen 384 KK kerana pemerasan serta Seksyen 297 KK kerana menceroboh tempat pengebumian.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi
#abu mayat
#suspek
#Taman Peringatan Nilai
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan