awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Johor cari wanita hilang, orang awam boleh bantu kongsi maklumat

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
19/10/2025
13:12 MYT
Polis Johor cari wanita hilang, orang awam boleh bantu kongsi maklumat
Pihak polis juga membuka ruang kepada orang awam untuk menghubungi balai polis berdekatan bagi menyalurkan sebarang maklumat lanjut.
JOHOR BAHRU: Polis kini sedang mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan gagal pulang ke rumah selepas keluar pada jam 1.30 pagi, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan, individu terbabit dikenali sebagai S Dhurgashri, mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter dan berat badan sekitar 45 kilogram.
Menurut beliau, wanita itu berketurunan India, berambut coklat lurus, memiliki kulit cerah, mata kecil berwarna hitam serta bertubuh kurus dengan ciri fizikal lain seperti kening yang agak tebal.
“Wanita ini kali terakhir diketahui tinggal di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram. Sekiranya ada maklumat, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhd Hafizuddin Zakaria di talian 07-218 2323,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau turut menyeru mana-mana individu yang pernah melihat atau mempunyai maklumat berkaitan wanita itu agar segera tampil membantu siasatan.
Tambah Raub, pihak polis juga membuka ruang kepada orang awam untuk menghubungi balai polis berdekatan bagi menyalurkan sebarang maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#orang hilang
#wanita hilang
#s dhurgashri
#polis
#Ulu Tiram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan