awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti suspek letak bom di Sungai Bakap

Bernama
Bernama
20/01/2015
09:38 MYT
Polis kenal pasti suspek letak bom di Sungai Bakap
WAN HASSAN: Kelibat lelaki itu berjaya dirakam CCTV yang terdapat di sebuah kedai berhampiran lokasi kejadian.
Polis telah mengenal pasti lelaki yang dipercayai meletak bungkusan berisi empat butir bom di perkarangan sebuah rumah di Jalan Badak Mati, Sungai Bakap di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata kelibat lelaki itu berjaya dirakam CCTV yang terdapat di sebuah kedai berhampiran lokasi kejadian.
"Usaha mengesan lelaki itu giat dijalankan dan setakat ini kami percaya bom buatan sendiri itu dibuat oleh mereka yang mahir dalam bidang itu.
"Polis juga mendapat beberapa petunjuk baharu termasuk cap jari suspek yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas Ops Pencegahan Jenayah Bersepadu Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Seberang Perai Selatan di sini hari ini.
Sabtu lepas seorang penduduk menemukan sebuah beg kertas mengandungi empat butir bom buatan sendiri di perkarangan rumah berhampiran setor simpanan barang.
Tiga daripada bom itu diletupkan Unit Pemusnah Bom manakala sebutir lagi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk siasatan.
Wan Hassan berkata polis telah mengambil keterangan lima individu termasuk pemilik rumah berkenaan bagi membantu siasatan kes itu.
Topic Berkaitan
#bom
#kenal pasti
#polis
#Seberang Perai
#Sungai Bakap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan