awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lelaki enggan berhenti untuk pemeriksaan di Felda Waha

Bernama
Bernama
18/03/2023
15:34 MYT
Polis kesan lelaki enggan berhenti untuk pemeriksaan di Felda Waha
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang enggan memberhentikan kenderaannya untuk pemeriksaan kerana memandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Lok Heng-Mawai, Khamis lepas. - Gambar hiasan/Twitter@bernamadotcom
KOTA TINGGI: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang enggan memberhentikan kenderaannya untuk pemeriksaan kerana memandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Lok Heng-Mawai di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata ketika kejadian pada kira-kira pukul 1 tengah hari itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kota Tinggi sedang menjalankan rondaan.
Beliau berkata lelaki tempatan berusia 27 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna, Toyota Wish berwarna putih itu gagal mematuhi arahan untuk menghentikan keretanya, sebelum memecut laju ke kawasan kebun kelapa sawit di Felda Waha.
"Bagaimanapun, pemilik berdaftar kenderaan tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi bagi membantu siasatan.
"Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit merupakan adik kepada pemilik berdaftar kenderaan tersebut dan usaha mengesannya masih dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi bilik gerakan IPD Kota Tinggi di talian 07-8837222 bagi membantu siasatan kes.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 50 saat di aplikasi TikTok memaparkan Toyota Wish berwarna putih dan bernombor pendaftaran JEX31 dikejar sebuah kereta peronda polis, yang dirakamkan pelbagai sudut oleh penduduk Felda Waha.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#enggan berhenti untuk pemeriksaan
#Jalan Lok Heng-Mawai
#Polis Daerah Kota Tinggi
#Felda Waha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan