awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis KL tumpas lapan sindiket calling centre berselindung di sebalik kediaman mewah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
25/09/2023
11:27 MYT
Polis KL tumpas lapan sindiket calling centre berselindung di sebalik kediaman mewah
Allaudeen berkata, siasatan mendapati sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai lubuk pusat aktiviti haram itu berselindung di sebalik kediaman-kediaman mewah. -Foto IPK Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Polis menahan 155 individu termasuk warga asing kerana disyaki terbabit dengan sindiket calling centre dalam lapan serbuan berasingan di sekitar ibu negara dari 4 hingga 21 September lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, penipuan itu melibatkan pelaburan forex, pinjaman tidak wujud, pelaburan saham, tawaran pekerjaan, judi dalam talian, mata wang kripto, dan love scam.
Menurutnya, siasatan mendapati sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai lubuk pusat aktiviti haram itu berselindung di sebalik kediaman-kediaman mewah.
"Kita mendapati sindiket ini beroperasi di kediaman-kediaman mewah seperti kondominium yang diawasi pengawal serta diurus Badan Pengurusan Bersama (JMB).
"Justeru polis ingin mengingatkan JMB supaya ada bertanggungjawab memastikan tiada sebarang aktiviti jenayah berlaku di bawah tempat kawalan mereka.
"Sedangkan orang biasa masuk ke kawasan ini pun ketat, persoalan kita bagaimana begitu ramai suspek-suspek ini boleh keluar masuk ke premis-premis ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Allaudeen memberi amaran kepada pengurusan JMB supaya sindiket-sindiket itu tidak menjadikan Malaysia khasnya Kuala Lumpur sebagai lubuk operasi mereka.
Beliau menambah, siasatan mendapati sindiket itu menyasarkan rakyat asing, manakala Malaysia hanya dijadikan sebagai pusat pengoperasian.
Katanya, dalam operasi itu polis turut merampas komputer, telefon pintar, moderm, router dan komputer riba yang dipercayai digunakan untuk aktiviti haram itu.
Setakat ini, beliau memberitahu, siasatan mendapati aktiviti itu tidak dinaungi mana-mana orang kenamaan.
Topic Berkaitan
#judi dalam talian
#Polis Kuala Lumpur
#penipuan dalam talian
#sindiket calling centre
#kediaman mewah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan