awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak di Johor seperti ditularkan

Bernama
Bernama
08/01/2018
15:05 MYT
Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak di Johor seperti ditularkan
Ketua Polis Johor berkata penyebaran gambar itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.- Gambar hiasan
Polis menafikan berlaku kejadian penculikan dan pembunuhan kejam seorang kanak-kanak di negeri ini seperti gambar yang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata penyebaran gambar itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.
"Gambar yang tersebar itu menunjukkan seorang kanak-kanak dalam keadaan terbaring dengan kesan kelaran di bahagian leher dan jahitan di sepanjang atas badan dipercayai telah meninggal dunia serta semua organ dalaman juga telah didapati tiada.
"Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik
#Facebook
#Kanak-kanak
#laman sosial
#meninggal dunia
#organ
#penculikan
#penjara
#polis
#undang-undang
#viral
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan