awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis pantau kenyataan, pendedahan berkaitan GISB di media sosial

Bernama
Bernama
22/09/2024
08:00 MYT
Polis pantau kenyataan, pendedahan berkaitan GISB di media sosial
Razarudin berkata terdapat beberapa pendedahan daripada individu selain bekas dan ahli kumpulan yang mempunyai kaitan dengan GISBH sejak kebelakangan ini.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau sebarang kenyataan yang dikeluarkan individu atau pihak berkaitan di media sosial berhubung GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia berikutan terdapat beberapa pendedahan daripada individu selain bekas dan ahli kumpulan yang mempunyai kaitan dengan GISBH sejak kebelakangan ini.
Susulan itu, beliau berkata satu pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman diberikan peranan untuk memantau tindakan berkenaan di media sosial.
"Sebarang pendedahan dan maklumat, kita (polis) minta mereka ini tampil bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan susulan fasa keempat Op Global yang dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia semalam dengan 155 orang ditahan dan 186 mangsa diselamatkan.
"Kita fokus kepada perkara ini dahulu sebelum ke fasa (operasi) seterusnya," katanya.
Pada 11 Sept lepas, polis mengadakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISBH yang didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.
Berikutan itu, pelbagai pihak memuat naik hantaran di laman sosial berhubung pengalaman dan pandangan mereka mengenai fahaman agama termasuk ajaran sesat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GISB
#pendedahan media sosial
#PDRM
#Razarudin Husain
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan