awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 individu

Bernama
Bernama
12/01/2025
12:30 MYT
Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 individu
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata kesemua suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 19 hingga 46 tahun. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Sepuluh individu termasuk tujuh wanita ditahan manakala 137 laras senjata tiruan dirampas dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di kawasan Kuching dan Samarahan, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata kesemua suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 19 hingga 46 tahun.
"Serbuan dibuat setelah pihak polis menerima maklumat aktiviti menjual senjata api tiruan kepada orang awam.
"Polis merampas 67 senapang dan 70 pistol tiruan...turut dirampas 344 peket dan 18 botol berisi peluru plastik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
Mancha berkata polis Sarawak akan terus menjalankan operasi dan pemantauan terhadap penjualan senjata api tiruan di seluruh negeri ini.
"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak melalui talian 011-15696554 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis rampas
#senjata tiruan
#premis jual barang mainan
#Polis Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan