awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan identiti mangsa kemalangan maut PLUS di Nibong Tebal

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2017
08:37 MYT
Polis sahkan identiti mangsa kemalangan maut PLUS di Nibong Tebal
Mangsa dikenali sebagai Mohd Khosim Ismail, 32 tahun, dan Isterinya Khairunnisa Ahmad Kamaluddin, 31, dari Felda Lepar Utara, Jerantut, Pahang. -Gambar fail
Polis hari ini mengesahkan identiti mangsa kemalangan maut di KM 155.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara dekat sini pada Jumaat.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Khosim Ismail, 32 tahun, dan isterinya Khairunnisa Ahmad Kamaluddin, 31, dari Felda Lepar Utara, Jerantut, Pahang.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr M Sukumar ketika dihubungi memaklumkan dua anak pasangan itu, Khairiyah Alisha Khosim,10, cedera parah dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya, manakala Khaira Amni Khosim, 1 tahun 5 bulan, pula patah tulang paha kanan dan ditempatkan di wad kanak-kanak.
Adik perempuan Mohd Khosim yang enggan dikenali berkata mereka sekeluarga terkejut dengan berita kemalangan yang mengorbankan nyawa abang sulung serta kakak iparnya itu.
Beliau yang enggan mengulas panjang hanya memaklumkan abangnya dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghantar barang dan tidak menyangka mangsa turut membawa ahli keluarga bersama.
Katanya lagi, kali terakhir beliau berkomunikasi dengan abangnya adalah melalui pesanan WhatsApp kira kira jam 4 petang sebelum kemalangan.
Tambahnya, mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa mangsa.
Kedua dua jenazah telah dituntut ahli keluarga dan akan dikebumikan di Jerantut, Pahang.
Topic Berkaitan
#Felda Lepar Utara
#kemalangan
#Khaira Amni
#Khairiyah Alisha
#Khairunnisa Ahmad Kamaluddin
#meninggal dunia
#Mohd Khosim Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan