awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan sita telefon bimbit Tian Chua

Bernama
Bernama
15/04/2014
04:23 MYT
Polis sahkan sita telefon bimbit Tian Chua
Tian Chua - Gambar Fail
Polis mengesahkan pihaknya telah menyita telefon bimbit milik Anggota Parlimen Batu, Tian Chua di sebuah hotel di Petaling Jaya kira-kira pukul 8 malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi Bernama hari ini berkata telefon bimbit Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu disita untuk membantu polis menyiasat kes di bawah Akta Hasutan 1948.
"Maklumat lanjut mengenai kes ini akan disiarkan melalui siaran media nanti, yang dilakukan (Bahagian) Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur," kata Khairi.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Tian Chua, Rozan Azen Mat Rasip berkata ketika didatangi 10 anggota polis berpakaian biasa, Tian Chua sedang bertemu dengan kenalannya di hotel terbabit.
"Mereka hanya menunjukkan waran untuk menyita telefon bimbit berkenaan, namun tidak menyatakan pula untuk tujuan apa. Mereka cuma kata untuk siasatan di bawah Akta Hasutan," katanya ketika dihubungi. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#khairi ahrasa
#PKR
#Tian Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan