awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah negara Teluk selepas gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kejadian lelaki disembelih, hampir putus leher

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
07/11/2020
09:45 MYT
Polis siasat kejadian lelaki disembelih, hampir putus leher
Video berdurasi hampir 40 saat yang tular sejak malam tadi memaparkan seorang lelaki menekup lehernya di bawah paras dagu bagi menghentikan pendarahan. - Gambar hiasan
PASIR PUTEH:Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang warga Myanmar yang hampir putus leher yang videonya tular di laman sosial sejak malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Azmir Damiri memaklumkan pihaknya mengetahui kejadian berkenaan melalui laporan yang dibuat oleh Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh 7.30 malam tadi.
Selepas menerima laporan berkenaan, pihaknya menjalankan siasatan dan menyoal mangsa di wad kecemasan hospital berkenaan.
Bagaimana pun soal siasat tidak dapat diteruskan memandangkan keadaan mangsa parah dan tidak boleh bercakap.
Mangsa juga tidak membawa sebarang pengenalan diri dan dipercayai bukan warga tempatan.
Menurut Azmir, pihaknya tidak dapat mengesahkan punca mangsa mengalami kecederaan itu sama ada terlibat dalam pergaduhan atau sebaliknya. Video berdurasi hampir 40 saat yang tular sejak malam tadi memaparkan seorang lelaki menekup lehernya di bawah paras dagu bagi menghentikan pendarahan selepas lehernya mengalami luka yang dalam.
Kejadian dipercayai berlaku semalam di sebuah kampung di sini.
Topic Berkaitan
#lelaki disembelih
#hampir putus leher
#warga Myamar
#Pasir Puteh
#PDRM
#polis
#cubaan bunuh
#video tular
#Azmir Damiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan