awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kes pelajar jatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
26/08/2025
06:48 MYT
Polis siasat kes pelajar jatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam
Shazeli mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam. -Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Polis Selangor mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.

Ringkasan AI
  • Polis Selangor menerima laporan pelajar tingkatan tiga terjatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam.
  • Mangsa, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan otak dan rahang patah.
  • Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, dengan fokus kepada keselamatan, pengurusan asrama dan latar sosial mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, sejurus menerima laporan, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Beliau memaklumkan siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama, serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakan sekelilingnya.
“Buat masa ini, polis sedang mengumpul keterangan daripada saksi-saksi dan individu yang berkaitan.
"Sebarang spekulasi berhubung punca kejadian, termasuk dakwaan wujudnya unsur buli, terlalu awal untuk disahkan.
“Polis Selangor komited untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau turut menyeru orang ramai agar tidak membuat andaian atau menyebarkan spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menjejaskan emosi keluarga mangsa.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar tingkatan tiga berada dalam keadaan kritikal selepas disyaki menjadi mangsa buli di asrama.
Bapa saudara mangsa Muhammad Aidil Mansor, 34, berkata anak saudaranya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Menurutnya, keputusan imbasan CT scan mendapati anak saudaranya mengalami pendarahan pada bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah, serta kecederaan pada paru-paru.
Topic Berkaitan
#Sabak Bernam
#mangsa buli
#pelajar tingkatan tiga
#Ahmad Irfan Ahmad Hanafi
#jatuh tingkat tiga asrama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan