awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah negara Teluk selepas gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan

Sinar Harian
Sinar Harian
30/06/2024
10:00 MYT
Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.
SHAH ALAM: Polis menyiasat penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ringkasan AI
  • Polis menyiasat penyebaran gambar mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin di aplikasi Telegram, yang diklasifikasikan sebagai maklumat rahsia.
  • Siasatan dijalankan mengikut beberapa undang-undang termasuk Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.
  • Orang ramai diminta tidak berkongsi kandungan rahsia ini kerana boleh mengganggu siasatan dan pendakwaan, dengan tindakan undang-undang akan diambil terhadap yang terlibat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Orang ramai diminta tidak berkongsi sebarang kandungan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi.
"Perbuatan seumpama ini bukan sahaja mengganggu siasatan tetapi juga proses pendakwaan di mahkamah. Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana individu didapati berkongsi kandungan berkenaan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan dibuat oleh pegawai kanan polis pada jam 12.15 tengah hari Ahad.
Berdasarkan kenyataan yang tular, dipercayai gambar terbabit ketika prosedur proses bedah siasat.
Gambar berkenaan dimuat naik di aplikasi telefon pintar, Telegram sejak malam tadi.
Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari sebelum polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Berikutan itu, pada 31 Mei lalu, polis mengesahkan penahanan ibu bapa Zayn Rayyan sebelum dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada 12 Jun di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Sebelum ini, tular kertas siasatan pembunuhan kanak-kanak berkenaan di aplikasi yang sama.
Pada 14 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat penyebaran kertas siasatan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di aplikasi Telegram.
Jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pihak yang menyebarkan kertas siasatan tersebut boleh diambil tindakan kerana kes terbabit kini di peringkat mahkamah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#gambar kecederaan
#siasatan polis
#Telegram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan