awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 102 wanita warga asing bekerja jadi GRO

Bernama
Bernama
13/06/2022
21:01 MYT
Polis tahan 102 wanita warga asing bekerja jadi GRO
Abd Jalil berkata 1,133 orang pekerja dan pelanggan diperiksa dalam operasi itu dan semakan mendapati dua daripada pelanggan itu merupakan individu yang dikehendaki polis bagi kes jenayah dan dadah. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menahan 102 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), serta 61 individu warga tempatan yang terdiri daripada pemilik premis, pengurus, penjaga kaunter dan pekerja di pusat-pusat hiburan yang bersubahat dengan mereka, dalam Op Noda Khas di seluruh negara, pada Ahad.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata 1,133 orang pekerja dan pelanggan diperiksa dalam operasi itu dan semakan mendapati dua daripada pelanggan itu merupakan individu yang dikehendaki polis bagi kes jenayah dan dadah.
Beliau berkata polis turut merampas 44 keping lesen perniagaan, 27 pembesar suara, 22 mikrofon, 16 amplifier, 85 botol minuman keras pelbagai jenama, dan wang tunai berjumlah RM12,885 dalam operasi itu.
"Kesemua yang ditahan berumur 18 hingga 55 tahun, dan hasil rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#op noda
#GRO
#Abd Jalil Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan