awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 119 individu, rampas barangan seludup bernilai RM37 juta

Bernama
Bernama
23/03/2023
12:23 MYT
Polis tahan 119 individu, rampas barangan seludup bernilai RM37 juta
Noorsiah berkata, ia hasil 45 serbuan dibuat PDRM melalui Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar Perisikan Siasatan Khas melibatkan Op Kontraban dan Op Tiris. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 119 individu dan merampas barangan bernilai RM37 juta dalam serbuan membanteras kegiatan penyeludupan dan penyelewengan barangan kawalan di seluruh negara sejak awal tahun ini sehingga Selasa lepas.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata ia hasil 45 serbuan dibuat PDRM melalui Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar Perisikan Siasatan Khas melibatkan Op Kontraban dan Op Tiris.
Beliau berkata menerusi Op Kontraban, pihaknya menahan 43 individu serta merampas rokok serta minuman keras dalam tin serta botol bernilai RM19 juta.
"Pecahan nilai rampasan ialah RM10 juta pada Januari, Februari (RM6 juta) dan sehingga 21 Mac (RM2.5 juta).
"Dalam tempoh sama, PDRM turut membuat 24 serbuan dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM18 juta melalui Op Tiris membabitkan minyak diesel, minyak petrol dan minyak masak serta menahan 76 individu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noorsiah berkata PDRM komited dan fokus dalam usaha memerangi jenayah kontraban serta penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi selain usaha sama dengan agensi lain akan diteruskan bagi mengekang jenayah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Op Tiris
#Op Kontraban
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan