awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 25 individu disyaki "ulat foto" di kawasan KLCC

Bernama
Bernama
31/03/2026
10:03 MYT
Polis tahan 25 individu disyaki "ulat foto" di kawasan KLCC
Sazalee berkata pihaknya akan meneruskan operasi serta pemantauan di kawasan tumpuan pelancong bagi membanteras kegiatan berkenaan.
Polis menahan 25 individu dipercayai terlibat dalam kegiatan jurugambar tidak berlesen atau "ulat foto", yang didakwa memaksa pelancong asing dan pengunjung membayar pada harga tertentu untuk bergambar di sekitar Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 24 warga tempatan termasuk seorang wanita dan seorang warga Filipina berusia 16 hingga 48 tahun menerusi operasi bermula 10 malam hingga 1 pagi tadi.
Beliau berkata kesemua individu terbabit direman tiga hari hingga Khamis ini, untuk siasatan di bawah Seksyen 25(1) Peraturan Pendaftaran Negara.
"Siasatan mendapati mereka ini menjadikan aktiviti mengambil gambar secara paksa sebagai sumber pendapatan dengan bergerak dalam kumpulan di dua lokasi tumpuan utama iaitu Jambatan Saloma dan sekitar KLCC," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Sazalee berkata pihaknya turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 148/324 susulan kes menyerang dua individu di Persiaran KLCC pada 22 Mac lepas.
Pada 27 Mac lepas, media melaporkan 18 individu berusia 17 hingga 45 tahun itu ditahan di pekarangan KLCC, Jalan Ampang untuk siasatan lanjut berhubung kes terbabit mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Mengulas lanjut, Sazalee berkata individu dalam tangkapan terdahulu menggunakan kad pengenalan meragukan yang tidak sepadan dengan cap jari dan semakan dilakukan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati kad pengenalan terbabit tidak sepadan dengan cap jari pemegangnya, sekali gus menunjukkan mereka bukan warganegara.
“Bagi tangkapan terbaru, semakan lanjut masih dijalankan dengan kerjasama pihak JPN kerana kita meragui ketulenan dokumen pengenalan diri milik semua suspek,” katanya.
Sazalee berkata pihaknya akan meneruskan operasi serta pemantauan di kawasan tumpuan pelancong bagi membanteras kegiatan berkenaan.
“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan termasuklah kegiatan ‘ulat foto',” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLCC
#ulat foto
#warga asing
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan