awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki disyaki palsukan borang rentas negeri

Bernama
Bernama
30/05/2021
15:42 MYT
Polis tahan dua lelaki disyaki palsukan borang rentas negeri
Mereka ditahan pada 6.30 petang selepas anggota polis meragui nombor siri pada borang yang dikemukakan mereka.
KUANTAN: Polis menahan dua lelaki dalam sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Bentong pada Sabtu selepas mereka dipercayai memalsukan borang rentas negeri untuk ke Kelantan.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata kedua-dua lelaki berumur 25 dan 34 tahun itu ditahan pada 6.30 petang selepas anggota polis meragui nombor siri pada borang yang dikemukakan mereka.
"Anggota bertugas juga meragui kesahihan cap dan tandatangan ketua balai yang didakwa meluluskan borang itu menyebabkan pegawai polis di lokasi menghubungi balai polis terlibat.
"Semakan mengesahkan nombor siri itu tidak wujud selain polis di balai berkenaan tidak pernah menerima permohonan daripada kedua-dua lelaki tersebut," menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata kedua-dua lelaki kini disiasat mengikut Seksyen 22(D) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Pemeriksaan lebih ketat akan terus dilakukan di sempadan daerah ini sama ada dari Selangor atau Negeri Sembilan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 di Pahang dapat dikawal," katanya sambil menambah setakat semalam, tujuh individu telah ditahan di SJR Bentong bagi membantu siasatan memalsukan borang rentas negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rentas negeri
#COVID-19
#SJR
#Sekatan Jalan Raya
#Kelantan
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan