awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai

Bernama
Bernama
02/06/2024
09:43 MYT
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai
Sebelum ini tular video berdurasi 66 saat memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing dalam guni yang berikat itu. - Foto FB Persatuan Haiwan Malaysia
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di sini pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan di kawasan Jelutong, petang semalam hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihak polis.
"Lelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 66 saat memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing dalam guni yang berikat itu.
Terdahulu Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika dilaporkan berkata kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku dan pihaknya telah menerima maklumat berkaitan insiden sama beberapa kali sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buang kucing dalam sungai
#polis tahan lelaki
#kucing dalam guni
#Polis Daerah Timur Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan