awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah negara Teluk selepas gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim

Sinar Harian
Sinar Harian
06/05/2024
03:35 MYT
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim
Susulan kejadian serangan asid ke atas Faisal, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
SHAH ALAM: Seorang lelaki diberkas pada Ahad untuk siasatan kejadian simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Petaling Jaya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.
"Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian.
"Setakat ini pihak polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal)," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Tambah beliau, polis juga akan memanggil beberapa saksi bebas pada Isnin untuk membantu siasatan.
Difahamkan, dalam kejadian pada Ahad, pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.
Faisal kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaannya dilaporkan stabil.
Berikutan itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#serang
#Selangor FC
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan