awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki disyaki terbabit kes bunuh di Jalan Horley

Bernama
Bernama
28/08/2025
04:00 MYT
Polis tahan lelaki disyaki terbabit kes bunuh di Jalan Horley
Motif kes masih dalam siasatan dan permohonan reman akan dilakukan hari ini. - Gambar hiasan
IPOH: Polis menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan Horley di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata bertindak atas maklumat risikan, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, kira-kira 10 malam tadi.
"Suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau. Turut dirampas dua buah telefon bimbit," katanya dalam kenyataan hari ini
Beliau berkata penahanan itu kemudian membawa kepada rampasan dua batang anak kunci serta sebuah lori berwarna putih di Taman Idaman Square di sini.
Abang Zainal Abidin berkata motif kes masih dalam siasatan dan permohonan reman akan dilakukan hari ini.
Semalam, polis mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes tersebut selain telah mengenal pasti pemilik dan pemandu sebuah lori bonded yang terbabit dengan kes berkenaan.
Abang Zainal Abidin turut memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suspek
#kes bunuh
#Jalan Horley
#Abang Zainal Abidin Abang Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan