awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seoul gesa rakyat Korea tinggalkan Lubnan segera susulan serangan berterusan
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki samun wanita warga asing

Sinar Harian
Sinar Harian
16/01/2022
21:30 MYT
Polis tahan lelaki samun wanita warga asing
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamun seorang wanita warga asing di tepi jalan Seksyen 4 Petaling Jaya pada Sabtu. -Gambar hiasan/Bernama
PETALING JAYA: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamun dan mencederakan seorang wanita warga asing di tepi jalan Seksyen 4 di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa, seorang wanita warga asing berumur 50 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah dipercayai disamun oleh suspek yang bersenjatakan pisau.
"Ekoran itu, mangsa mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kiri akibat ditoreh suspek dan kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, siasatan lanjut yang dijalankan selepas mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama berjaya mengesan suspek di kawasan tempat letak kereta di Taman Sri Manja di sini.
"Suspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan bertindak agresif ketika ditahan selain cuba melarikan diri, namun gagal," katanya.
Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah.
"Ujian saringan yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis THC.
"Suspek kini direman selama enam hari untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#samun
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#wanita warga asing
#Seksyen 4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan