awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki warga asing disyaki bunuh rakan

Bernama
Bernama
22/10/2024
12:42 MYT
Polis tahan lelaki warga asing disyaki bunuh rakan
Yusof berkata hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah selain tiada rekod jenayah lampau. - Gambar hiasan/Unsplash
KOTA TINGGI: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki membunuh rakannya dalam kejadian di luar pagar stor PTB 2499, Jalan Kemajuan Perindustrian 4, Batu 24 di sini pada tengah malam tadi
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki warga asing berusia 30 tahun yang berlumuran darah di lokasi kejadian pada kira-kira 12.30 tengah malam.
Beliau berkata susulan itu sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi berjaya menahan suspek berusia 38 tahun itu antara pukul 2 hingga 4 pagi di tepi jalan Batu 25, Jalan Johor di sini.
"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit berserta pakaian yang mempunyai kesan darah dipercayai dipakai ketika kejadian namun senjata digunakan masih dalam pencarian.
"Sewaktu kejadian mereka (suspek dan mangsa) dalam keadaan mabuk dan punca kejadian dipercayai disebabkan hutang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusof berkata hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah selain tiada rekod jenayah lampau.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke jabatan forensik Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk dibedah siasat.
"Suspek di reman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Jabatan Forensik
#kesan darah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan