awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan seorang lelaki seludup arak lebih RM700,000 di Muar

Bernama
Bernama
31/10/2023
10:17 MYT
Polis tahan seorang lelaki seludup arak lebih RM700,000 di Muar
Seorang lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai melibatkan rampasan bernilai RM737,295.54 di sebuah stor di Jalan Sengkang, Pagoh, Isnin lepas. - Gambar hiasan
MUAR: Seorang lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai melibatkan rampasan bernilai RM737,295.54 di sebuah stor di Jalan Sengkang, Pagoh di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata lelaki tempatan berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerusi Op Kontraban, pada kira-kira 4 petang.
"Ketika serbuan, sebanyak 859 kotak arak pelbagai jenama ditemukan di dalam premis terbabit, turut dirampas sebuah lori milik suspek yang disyaki digunakan dalam kegiatan itu dan nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dan cukai arak terbabit adalah RM1.3 juta.
"Selain menjadikan premis kilang lama sebagai stor simpanan, suspek turut menghantar sendiri arak ke alamat yang diperoleh dan siasatan awal mendapati dia baru tiga minggu menjalankan kegiatan ini," katanya pada sidang media di IPD Muar di sini hari ini.
Raiz Mukhliz berkata suspek yang tidak mempunyai kesalahan lampau itu mendapatkan bekalan minuman keras dari negara jiran dan menghantar kepada pelanggan di sekitar Muar serta daerah berhampiran selain negeri berjiran dengan Johor.
Katanya polis masih mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#lelaki seludup arak
#Muar
#Jalan Sengkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan