awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan seorang suspek kes tembak polis bantuan di Salor

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
23/10/2022
07:30 MYT
Polis tahan seorang suspek kes tembak polis bantuan di Salor
Dalam kejadian sekitar jam 11 malam tadi, seorang anggota Polis Bantuan cedera di dada selepas terkena tembakan di tepi Jalan Aur Duri, Kg.Seberang, Pasir Mas, Salor, di sini.- Gambar hiasan
KOTA BHARU: Polis Kelantan hari ini menahan seorang individu bagi membantu siasatan membabitkan seorang anggota polis bantuan yang cedera ditembak malam tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan individu yang ditahan berusia 35 tahun.
Dalam kejadian sekitar jam 11 malam tadi, seorang anggota polis bantuan cedera di dada selepas terkena tembakan di tepi Jalan Aur Duri, Kg.Seberang, Pasir Mas, Salor, di sini.
"Selepas terkena tembakan mangsa sempat menghubungi rakan sekerjanya sekitar jam 11.30 malam memaklumkan dirinya terkena tembakan.
"Mangsa yang menunggang motosikal sempat ke Kedai Nasi Lemak di Salor, Kota Bharu untuk meminta bantuan" katanya menerusi satu kenyataan.
Muhamad Zaki berkata mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu bagi rawatan lanjut.
"Mangsa mengalami kecederaan pada paru-paru kanan namun berada dalam keadaan stabil dan masih ditidurkan,' katanya.
Motif kejadian masih dalam siasatan.dan kes disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#polis bantuan ditembak
#tembakan di Salor
#Ketua Polis Kelantan
#Pasir Mas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan