awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga individu dipercayai bersekongkol dengan suspek pengeboman Bangkok

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
14/09/2015
07:48 MYT
Polis tahan tiga individu dipercayai bersekongkol dengan suspek pengeboman Bangkok
Menurut Khalid, penahanan dua rakyat Malaysia dan seorang warga Pakistan itu dibuat minggu lalu. - Gambar Fail
Polis menahan tiga individu kerana dipercayai bersekongkol dengan suspek utama kejadian pengeboman di Bangkok, bulan lalu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, penahanan dua rakyat Malaysia dan seorang warga Pakistan itu dibuat minggu lalu.
"Ketiga-tiga mereka dikenal pasti menerusi perkongsian maklumat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand, dalam mengesan semua suspek yang dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Katanya, ketiga-tiga individu yang ditahan itu akan disiasat di negara ini, terlebih dahulu, sebelum mereka diserahkan kepada Polis Thailand untuk siasatan lanjut.
"Kita tidak akan menyerahkan suspek ini dalam masa terdekat sebelum PDRM menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti kesahihan maklumat suspek utama berada di negara ini.
"Dengan maklumat dan soal-siasat yang dijalankan akan membolehkan kita bertindak," katanya pada Mesyuarat ICC Biro Maritim Antarabangsa, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pengeboman 17 Ogos lalu di tengah kota Bangkok itu, 20 terbunuh, termasuk lima rakyat Malaysia dan lebih 100 lagi mengalami kecederaan.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Khalid Abu Bakar
#Polism Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan