awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024

Bernama
Bernama
26/06/2024
14:47 MYT
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga asing yang disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian bola sepak sempena Kejohanan Bola Sepak Eropah 2024 (Euro 2024) menerusi Op Soga bermula Isnin lepas hingga awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras Ravindar Singh Sarban Singh berkata dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
Beliau berkata siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit bergerak secara berasingan dan merupakan ejen bookie peribadi dalam membuat pertaruhan bola sepak.
"Mereka bergerak secara 'sendirian' untuk elak daripada dikenal pasti sebagai bookie dengan mengambil sebarang amaun (daripada pelanggan)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ravindar Singh berkata pihaknya turut merampas tiga telefon bimbit milik tiga lelaki terbabit dan pemeriksaan mendapati terdapat aplikasi serta perbualan mengenai pertaruhan.
Beliau berkata dua lelaki warga tempatan berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis dan warga asing itu pula direman empat hari sehingga 28 Jun ini.
Kes disiasat mengikut di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#judi
#bola sepak
#Euro 2024
#warga asing
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan