awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki, rampas 20 kilogram heroin

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/04/2020
09:30 MYT
Polis tahan tiga lelaki, rampas 20 kilogram heroin
Polis menunjukkan sebahagian daripada rampasan 20.02 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM264,000 daripada dua tangkapan berasingan. - Astro AWANI
Polis menahan tiga lelaki dan merampas 20.02 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM264,000 dalam dua tangkapan berasingan di Jalan Kuala Kangsar-Taiping dan Taman Sri Kota di sini, Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, dalam tangkapan pertama sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an pada 6.30 petang.
Katanya, kedua-dua lelaki itu memandu dua kereta berasingan, Toyota Vios dan Proton Wira.
"Pemeriksaan ke atas Toyota Vios menjumpai 20.02 kilogram dadah jenis heroin yang disembunyikan di bawah lapik kaki di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.
"Kedua-dua lelaki berkenaan diberkas dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut sebelum tangkapan susulan dilakukan keesokan harinya di Taman Sri Kota melibatkan seorang lagi lelaki," katanya dalam sidang akhbar di IPD Taiping di sini hari ini (Isnin, 13 Apr).
Menurut Boon Keng, pihak polis telah menyita tiga buah kereta, seutas rantai emas beserta loket dan sebentuk cincin emas yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM89,900.
Katanya, semua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas suspek yang merupakan seorang pemandu lori dan dua rakannya yang tidak bekerja itu bagi mengenal pasti dari mana bekalan dadah itu diperoleh dan lokasi edaran," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dadah
#heroin
#IPD
#jenayah
#PDRM
#polis
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan