awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tembak lelaki dipercayai pengedar dadah di Tasek Gelugor

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2016
02:08 MYT
Polis tembak lelaki dipercayai pengedar dadah di Tasek Gelugor
Mayat suspek telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. - Gambar Astro AWANI
Polis menembak mati seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di Ara Kuda Tasek Gelugor pada petang Isnin.
Suspek yang juga warga tempatan maut di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata selepas menyedari diekori pihak polis suspek cuba melarikan diri sejauh lima kilometer sebelum melepaskan tembakan ke arah polis.
“Sekitar jam 4.15 petang tadi (Isnin), polis dari Ibu Pejabat Daerah (Seberang Perai Utara) telah mengekori sebuah kereta Proton Wira dari ladang Malakof sebelum sampai ke tempat suspek sebelum melepaskan beberapa das tembakan dan terkena kereta pasukan polis.
“Kita mendapati ia berada dalam keadaan mencurigakan sebelum melarikan diri. Kami menjumpai sepucuk senjata dan dadah jenis heroin dan syabu,” kata Azmi.
Polis masih menyiasat identiti suspek dan sedang mengesan pemilik kenderaan yang dipandu suspek.
Mayat suspek telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Senjata Api.
Topic Berkaitan
#Azmi Adam
#Polis menembak mati seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di Ara Kuda Tasek Gelugor pada petang Isnin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan